Friday, October 23, 2009

PEMBELAAN NASIB ANAK YATIM DAN FAKIR OBJEKTIF UTAMA YAYASAN SULAMI

KASIH DAN IHSAN YAYASAN SULAMI

Alhamdulillah setiap tahun Yaysan Sulami tidak pernah gagal melaksanakan aktiviti tahunan berdasarkan jadual dan kalendar yang dirancangkan. Yayasan Sulami menjalankan aktiviti mengikut kemampuan dan impak, derma orang ramai yang prihatin.

Pada tahun ini Yayasan Sulami merasa perlu diuar-uarkan disini agar sampai maklumat kepada para pembaca yang perihatin dan kepada sesiapa yang ingin beramal secara tersembunyi mahu pun terang. Yayasan Sulami bersedia menguruskan hajat anda mengikut sunah dan mendoakan amal jariah dan imfak anda semoga diterima oleh Allah SWT.

Yayasan Sulami juga bersedia menguruskan amal jariah anda mengikut hajat anda. Anda diberi peluang memantaunya kerana Yayasan Sulami adalah telus. Yayasan Sulami menjalankan aktiviti dengan ikhlas kerana Allah dan mencari keredhaan Allah. Aktiviti disediakan sebagai wadah untuk anda melaburkan modal ke jalan Allah. Yayasan Sulami menerima dengan hati yang terbuka dan urusan menilainya adalah di sisi Allah.

Anda adalah orang yang berbahagia kerana Yayasan Sulami tidak memilih bulu dan kecenderungan kefahaman politik anda. Niat dan hajat anda untuk membersihkan diri, kewangan dan harta melalui Yayasan Sulami adalah terbuka luas. Jika anda tidak berduit dan harta, Yayasan Sulami menerima sumbangan buah fikiran dan tenaga anda mengikut kemampuan anda.

Ketika ini, Yayasan Sulami sangat aktif terhadap aktiviti pendidikan, fakir dan anak yatim, dakwah dan tarbiah. Walaupun dalam keadaan dan kemampuan yang terhad, Yayasan Sulami terus berusaha menghidupkannya. Terdapat 3 buah Sekolah Rakyat, 2 buah Tadika Islam diuruskan oleh Yayasan ini. Perjalanan pentadbiran dan pengurusan adalah sangat bergantung kepada sumbangan orang ramai yang perihatin. Ini adalah kerana pulangan dari kutipan yuran adalah sangat rendah disebabkan pelajar-pelajarnya adalah dari golongan anak yatim dan yang tidak berkemampuan.

Namun Yayasan Sulami amat yakin, dengan pengorbanan Ahli Jawatankuasa dan para penderma samada wang, harta, tenaga mahupun hanya sebuah doa dan harapan, Yayasan ini akan terus bergerak membela dan membantu mereka yang tidak bernasib baik. Mudah-mudahan selamat daripada kefasikan terhadap agama. Amin Ya Rabal Alamin….. Wasalam.
Oleh TSEN

Saturday, October 17, 2009

KETURUNAN SULTAN ALI IBN SULTAN HUSSEIN SAHIH SEBAB KENAL DEKAT DAN ADAT

HUKUM TANGAN MEMBERI LEBIH TINGGI DARI YANG MENERIMA

Salasilah Ketua Waris Kerabat Sultan Ali Melaka

Melihat Salasilah Ketua Waris Sultan Ali yang ditunjukkan ahli keluarga tersebut kepada Yayasan Sulami, telah melahirkan perasaan luhur yang terbit di sanubari. Nilai murni tidak boleh tidak, memang tidak boleh dinafikan. Ini adalah kerana perjuangan dan objektif Yayasan ini adalah membantu golongan yang tidak bernasib baik khususnya yang teraniaya. Yayasan ini adalah berkecuali dan tidak bias. Objektif murni Yayasan Sulami ialah beramal makruf dan mencegah kemungkaran. Yayasan Sulami bergerak mengikut keterbatasan Perlembagaan Yayasan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Yayasan Sulami tidak terikat dengan mana-mana fahaman atau parti politik di negara ini. Yayasan ini berusaha dengan bersungguh-sungguh memastikan segala aktivitinya tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Jauh di sudut mata hati Ahli Jawatankuasa Yayasan Sulami hanya memancarkan sinar simpati. Yayasan ini tidak menafikan kesahihannya kerana semua mengetahui Makam Sultan Ali, leluhur mereka berada di Umbai, di kawasan atau lingkungan pergerakan Yayasan ini menjalankan aktiviti kebajikannya. Yayasan ini juga berasa simpati kerana Yayasan ini sendiri masih terumbang ambing belayar di dalam lautan yang bergelora dengan ombak yang tinggi menggunung. Pada kenyataannya pula kejayaan pergerakan dan aktiviti ihsan Yayasan ini pula adalah tergantung kepada ihsan insan yang berjiwa besar, yang sanggup menderma dan menyalurkan bantuan baik berupa kewangan, tenaga mahupun buah fikiran.

Pada masa yang sama jiwa-jiwa yang besar menyumbang kepada Yayasan Sulami, salah satu daripadanya adalah daripada keluarga atau marga Ketua Waris Kerabat Sultan Ali Ibni Sultan Hussein yang terdapat di Melaka ini. Oleh itu, sebagai sebuah institusi kemasyarakatan yang berkecuali dan bercorak kebajikan atau charity kepada masyarakat dan penduduk tempatan, Yayasan ini dengan berhati-hati menilai sesuatu kebaikan dan bantuan atau sokongan yang diterima. Sumbangan dan bantuan yang diterima hanya yang bercorak universal atau sejagat mengikut syariat Islam. Yayasan ini sangat mementingkan kesucian sumber atau halal haramnya kerana sumbangan ini diagih-agihkan kepada jalan Tuhan.

Berhubung dengan keluarga Waris Kerabat Sultan Ali Ibni Sultan Hussein, sebenarkan Yayasan ini telah maklum terhadap kesahihan dan asal usul dan susur galur kerabat ini. Mereka mewarisi darah kesultanan tetapi Yayasan ini amat maklum bahawa dalam zaman Malaysia merdeka ini, daulat darah dan kerabat sultan yang diluar lingkungan istana sedia ada adalah bersifat netral. Dalam ertikata lain, mereka tidak berkuasa dan mereka seperti rakyat Malaysia biasa yang lain.

Namun begitu, Yayasan Sulami dengan bangga dan sukacita mendokong dan menyokong kebajikan yang dilakukan oleh keluarga ini kerana sepanjang pengetahuan sejak mengenali dekat dengan mereka, mereka tidak pernah menunjukkan sebarang kepentingan diri atau sesuatu tujuan tertentu. Mereka berprinsip serupa seperti yang diamalkan oleh Yayasan ini iaitu beramal makruf dan mencegah kemungkaran dengan keterbatasan kuasa dan pengaruh yang ada mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dan syariat Islam.

Apabila pada suatu ketika dahulu, ada segelintir rakyat Malaysia dan juga ada penduduk Melaka menyuarakan keperluan negeri Melaka ini diadakan Sultan sebagai lambang ketuanan Melayu, Yayasan ini secara spontan berasa keluarga ini menepati kehendak rakyat jika benar-benar kerajaan Malaysia ingin mengembalikan kedaulatan sultan di Melaka walau hanya sebagai lambang. Yayasan Sulami berpendapat begitu kerana ketenangan dan cirri-ciri kedaulatan yang ada pada marga keluarga waris kesultanan ini. Mereka tidak sombong dan bermasyarakat seperti biasa disamping menunjukkan karisma peradaban yang tinggi. Mereka berterus terang jika tidak berkemampuan tetapi menyumbang apa yang mampu dan memberi buah fikiran yang positif mengikut syariat.

Ketika ada tokoh-tokoh yang tidak dikenali memahkotakan diri sendiri dan menonjol ke pesada berita, Yayasan ini pernah menyuarakannya dan mendapatkan pandangan dari waris kerabat ini. Mereka sedikit pun tidak melatah dan melenting sebaliknya menasihatkan Yayasan supaya terus menumpukan aktiviti amal. Bagi mereka, biarlah hal itu ditentukan Tuhan dan biar rakyat sendiri berikhtiar dan menjadi saksi mengikut kesukaan dan pilihan mereka kerana dunia sekarang dikuasai oleh fahaman demokrasi.

Yayasan ini amat menghormati ketegasan pendirian waris keluarga Sultan Ali. Pendapat mereka tidak menyandarkan keperluaan keganasan atau rampasan termasuk menonjol-nonjolkan diri tidak pada hak dan tempatnya itu sebagai zalim dan menganiaya. Dan tentu sekali perbuatan ini tidak direstui Tuhan dan wajarlah segala pergerakan, perbuatan mahupun sebarang aktiviti hendaklah mempunyai teras panduan seperti dalam peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam yang terkenal dengan nama syariat Islam itu dipatuhi.

Ketinggian falsafah ini membuatkan Yayasan Sulami tertarik dan dekat dengan waris dan kerabat Sultan Ali ibni Sultan Hussein. Yayasan ini yakin, pengalaman dan penderitaan serta penganiayaan oleh penjajah dan mereka yang bersubahat telah mematangkan jiwa keluarga sultan ini sebagai rakyat Melaka yang penuh toleran, tenang dan berhemah tinggi. Tambah pula ramai diantara ahli keluarga ini mempunyai pengetahuan agama yang agak dalam. Engku Saidin iaitu ayahanda kepada Ketua Waris Kerabat Sultan Ali, YM Engku Khairul Azuan adalah seorang Engku berstatus ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Engku Saidin Al Idrus di Segamat.

Semoga Allah memberi keberkatan kepada keluarga dan Ahli Waris Kerabat Sultan Ali Ibni Sultan Hussein Melaka. Wasalam. Oleh IA