Wednesday, February 10, 2010

MAJLIS KENDURI NIKAH YAYASAN SULAMI

JEMPUT DATANG KEPADA PENDOKONG YAYASAN SULAMI


Lebih kurang sebulan setengah Sheikh Ali Mekah kembali dari Tanah Suci kerana memimpin jemaah haji, pada 14 Februari 2010 bersamaan 29 Safar 1431 ini akan diadakan Kenduri Ijab Kabul anak angkat beliau yang berkait rapat dengan Yayasan Sulami. Anak-anak kecil yang dahulunya dibimbing oleh Yayasan Sulami kini telah ada yang dewasa dan telah sampai waktu untuk berumah tangga.

Majlis kenduri akan diadakan Insyaallah pada hari Sabtu dari jam 11.00 pagi - 5.00 petang. Semua ahli dan mereka yang mendokong Yayasan Sulami dijemput hadir. Kepada orang selatan Semenanjung Malaysia, kenduri seperti ini biasanya dikenali atau lebih popular sebagai kenduri kahwin. Sebelum tahun 2000, majlis serupa popular sebagai kerja kahwin.

Majlis kenduri dan jamuan akan diadakan di Surau Baiti Ali di mana terletaknya pejabat Yayasan Sulami bersebelahannya. Alamat tepatnya ialah Yayasan Sulami, d/a Ustaz Ali bin Ithnin, Km 6 Kampung Permatang Pasir, Alai 75460 Melaka. Di sini juga letaknya rumah kediaman Ustaz Ali. Sekiranya anda ingin menyumbang atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Al Fadhil Ustaz Ali di telefon 06-2684086 atau datang sendiri di alamat tersebut.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga kedua mempelai bertemu jodoh dan selamat diijab kabul dengan keberkatan. Amin Ya Rabbal Alamin.


TSB

No comments:

Post a Comment