Wednesday, September 30, 2009

PENGENALAN

YAYASAN SULAMI

Assalamualaikum wbt.
Kini, menerusi Blog Yayasan Sulami , maklumat Yayasan Sulami telah ke alam maya, alam teknologi informasi, di langit global tidak bertepi. Begitulah peredaran zaman dan kepintaran manusia mencipta sesuatu menerusi ilham dari Tuhan agar menfaatkan keistimewaan akal untuk menyediakan pancasarana kehidupan di dunia ini.

Yayasan Sulami melambai anda untuk berjinak-jinak dengan Tuhan. Anda adalah orang terpilih yang telah diberi ilmu oleh Tuhan hingga pintar dan bijak dengan ilmu pengetahuan yang mungkin anda sendiri tidak sadar. Anda setidaknya telah dapat membaca patah-patah perkataan ini dan ini terbukti anda adalah orang yang bertuah dan telah sampai ilmu terus kepada anda.

Yayasan Sulami mengamit pada anda kerana anda adalah orang yang terpilih. Tetapi anda tentunya terhijab jika soal iman belum diizinkan Tuhan kepada anda. Maka berdoalah kerana selagi nyawa anda belum terputus dan belum sampai di kerongkongan maka anda masih seorang insan manusia yang masih berpeluang.

Apa yang dimaksudkan di sini adalah penglibatan anda terhadap tuntutan pencipta anda. Yayasan Sulami menyediakan wadah untuk anda. Kerana anda adalah orang yang bertuah dan telah sampai kepada maksud hajat seruan ini.

Yayasan Sulami mengundang dan menjemput anda bersama-sama menjalankan perniagaan bersama Tuhan. Modal perniagaan adalah mengikut kemampuan anda. Yang penting anda mempunyai kesadaran bahawa nikmat dan rahmat Tuhan menyelubungi diri anda. Harta dan wang ringgit adalah modal yang kecil. Tetapi kesihatan, ilmu dan kewarasan anda serta keupayaan anda adalah nikmat tidak ternilai yang boleh dijadikan modal dalam perniagaan dengan Sang Pencipta. Dan tentu wajar modal-modal yang besar ini kita gunakan semula untuk mengimarakkan semula kepentingan Tuhan bagi memberi peluang insan yang lain turut merasakan kebahagiaan nikmat dan rahmat yang telah Tuhan rasakan kepada kita.

No comments:

Post a Comment