Friday, October 23, 2009

PEMBELAAN NASIB ANAK YATIM DAN FAKIR OBJEKTIF UTAMA YAYASAN SULAMI

KASIH DAN IHSAN YAYASAN SULAMI

Alhamdulillah setiap tahun Yaysan Sulami tidak pernah gagal melaksanakan aktiviti tahunan berdasarkan jadual dan kalendar yang dirancangkan. Yayasan Sulami menjalankan aktiviti mengikut kemampuan dan impak, derma orang ramai yang prihatin.

Pada tahun ini Yayasan Sulami merasa perlu diuar-uarkan disini agar sampai maklumat kepada para pembaca yang perihatin dan kepada sesiapa yang ingin beramal secara tersembunyi mahu pun terang. Yayasan Sulami bersedia menguruskan hajat anda mengikut sunah dan mendoakan amal jariah dan imfak anda semoga diterima oleh Allah SWT.

Yayasan Sulami juga bersedia menguruskan amal jariah anda mengikut hajat anda. Anda diberi peluang memantaunya kerana Yayasan Sulami adalah telus. Yayasan Sulami menjalankan aktiviti dengan ikhlas kerana Allah dan mencari keredhaan Allah. Aktiviti disediakan sebagai wadah untuk anda melaburkan modal ke jalan Allah. Yayasan Sulami menerima dengan hati yang terbuka dan urusan menilainya adalah di sisi Allah.

Anda adalah orang yang berbahagia kerana Yayasan Sulami tidak memilih bulu dan kecenderungan kefahaman politik anda. Niat dan hajat anda untuk membersihkan diri, kewangan dan harta melalui Yayasan Sulami adalah terbuka luas. Jika anda tidak berduit dan harta, Yayasan Sulami menerima sumbangan buah fikiran dan tenaga anda mengikut kemampuan anda.

Ketika ini, Yayasan Sulami sangat aktif terhadap aktiviti pendidikan, fakir dan anak yatim, dakwah dan tarbiah. Walaupun dalam keadaan dan kemampuan yang terhad, Yayasan Sulami terus berusaha menghidupkannya. Terdapat 3 buah Sekolah Rakyat, 2 buah Tadika Islam diuruskan oleh Yayasan ini. Perjalanan pentadbiran dan pengurusan adalah sangat bergantung kepada sumbangan orang ramai yang perihatin. Ini adalah kerana pulangan dari kutipan yuran adalah sangat rendah disebabkan pelajar-pelajarnya adalah dari golongan anak yatim dan yang tidak berkemampuan.

Namun Yayasan Sulami amat yakin, dengan pengorbanan Ahli Jawatankuasa dan para penderma samada wang, harta, tenaga mahupun hanya sebuah doa dan harapan, Yayasan ini akan terus bergerak membela dan membantu mereka yang tidak bernasib baik. Mudah-mudahan selamat daripada kefasikan terhadap agama. Amin Ya Rabal Alamin….. Wasalam.
Oleh TSEN

No comments:

Post a Comment